Bantuan

Cara-cara membuat tempahan

Membuat tempahan homestay di Homestay-Perlis.com adalah sangat mudah dan ringkas. Tidak seperti laman-laman tempahan penginapan yang lain, anda tidak perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat tempahan. Jadi, tiada katalaluan yang perlu diingat!

Langkah 1:

CARI HOMESTAY. Cari homestay yang anda kehendaki dengan menyatakan:

  1. Tarikh masuk
  2. Tarikh keluar
  3. Jumlah tetamu dewasa yang akan menginap (dikira untuk yang berumur 12 tahun dan ke atas)
  4. Kawasan
  5. Bajet anda untuk satu malam

Jika terdapat kekosongan homestay untuk ditempah, senarai homestay akan dipaparkan.

Langkah 2:

LIHAT BUTIRAN HOMESTAY. Di laman butiran homestay yang ingin ditempah, pastikan tarikh masuk, tarikh keluar dan jumlah tetamu dewasa adalah tepat. Tekan butang 'TEMPAH SEKARANG'.

Langkah 3:

MASUKKAN BUTIRAN DIRI. Lengkapkan butiran diri anda sebagai penyewa seperti berikut:

  1. E-mel yang sah dan masih aktif
  2. Nama penuh
  3. Alamat penuh
  4. Nombor telefon (sangat penting)
  5. Masa dijangka tiba di homestay pada tarikh masuk

Butiran ini juga digunakan untuk tujuan pengebilan dan pengesahan tempahan nanti. Di laman yang sama, pilih kaedah bayaran sama ada melalui perbankan internet atau PayPal (bayaran menggunakan kad kredit akan disediakan kemudian). Tekan butang 'TERUSKAN'.

Langkah 4:

SEMAK BUTIRAN & BUAT BAYARAN. Semak maklumat yang telah anda masukkan termasuk jumlah bayaran. Ini adalah sangat penting bagi melancarkan proses tempahan dan tidak timbul masalah terutamanya pada tarikh masuk nanti. Tekan butang 'TERUSKAN'. Ikuti langkah seterusnya di skrin komputer, tablet atau telefon pintar anda sehingga tamat proses bayaran.

Jika pembayaran anda berjaya, tempahan homestay yang anda buat tadi telah disahkan. Anda akan memerima satu e-mel yang dihantar ke alamat e-mel yang anda masukkan tadi. Jadi, pastikan e-mel anda adalah tepat dan masih aktif.

Sila simpan atau cetak pengesahan tersebut dan bawanya semasa tiba di homestay pada tarikh masuk. Sila pastikan juga anda menyimpan nombor telefon pemilik homestay seperti yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan untuk memudahkan anda berhubung dan berurusan dengan mereka kelak.

Itu sahaja! Jika anda perlu menghubungi kami untuk menyemak, menukar atau membatalkan tempahan yang telah dibuat, sila hubungi kami di talian +6019-4740729 dan berikan nama dan nombor tempahan anda.

Hubungi kami

Jika anda memerlukan bantuan seperti:

  • cara-cara membuat tempahan homestay di laman web ini,
  • menghadapi masalah ketika membuat tempahan homestay melalui laman web ini,
  • mendapatkan butiran tempahan homestay yang telah dibuat,
  • ingin mengubah atau membatalkan tempahan homestay yang telah dibuat,
  • persoalan tentang cara bayaran, atau
  • apa-apa sahaja soalan berkaitan perkhidmatan yang kami sediakan seperti yang dinyatakan dalam laman web ini,

anda boleh menghubungi kami melalui cara-cara berikut:

+6019-4740729
bantuan@homestay-perlis.com
Homestay-Perlis.com

Sila nyatakan dengan jelas apakah bantuan yang anda perlukan dengan memberikan butir-butir tentang diri anda dan/atau tempahan yang telah anda buat.

Kami sedia membantu anda.