Polisi Privasi

Pengenalan

Polisi privasi

Homestay-Perlis.com memandang dengan serius hak privasi anda dan matlamat kami adalah untuk melindungi maklumat peribadi anda. Pada setiap masa, kami akan mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 yang telah ditetapkan oleh Kerajaaan Malaysia untuk memastikan bahawa maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami disimpan yang selamat dan diproses dengan adil dan sah mengikuti undang-undang. Dalam laman ini, anda akan dapat mengetahui:

  • apakah maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan
  • bagaimana dan bila maklumat peribadi anda dikumpulkan
  • apakah data yang kami gunakan buat masa sekarang
  • bagaimana kami akan menggunakannya pada masa hadapan
  • maklumat tentang pihak ketiga yang kami dedahkan atau pindahkan maklumat peribadi anda

Jika anda mempunyai soalan mengenai cara maklumat anda dikumpul atau digunakan yang tidak terkandung dalam Polisi Privasi ini, sila e-melkan kepada kami ke homestay@homestay-perlis.com.

Mengapakah Homestay-Perlis.com perlu mengumpul maklumat peribadi saya?

Apabila anda membuat tempahan homestay dengan kami, kami mengumpul maklumat tertentu tentang anda seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel. Kami menggunakan maklumat ini untuk mengenalpasti anda sebagai seorang pelanggan kami, untuk memproses tempahan dan bayaran anda. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk memberikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan kami kepada anda pada masa hadapan.

Adakah Homestay-Perlis.com mendedahkan maklumat peribadi saya kepada pihak ketiga yang lain?

Homestay-Perlis.com TIDAK mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang lain untuk tujuan komersil dan promosi.

Untuk tujuan penyewaan homestay, kami hanya memberikan nama, alamat dan nombor telefon anda kepada pemilik homestay yang akan anda diami.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, kami mungkin mempunyai obligasi untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, sebagai contoh, untuk:

  • mematuhi apa-apa kehendak undang-undang
  • mematuhi apa-apa proses undang-undang
  • untuk mencegah dan mengesan penipuan

Jika ini dilakukan, pada setiap masa, kami akan sentiasa memastikan maklumat diri anda akan kekal selamat.

Bagaimanakah Homestay-Perlis.com melindungi maklumat peribadi saya?

  • Maklumat peribadi anda disimpan di dalam pelayan pangkalan data selamat (secure database server).
  • Apabila anda diminta untuk memasukkan apa-apa maklumat peribadi atau maklumat kad kredit/debit, kami memastikan yang laman web kami adalah selamat. Ini boleh dikenalpasti dengan melihat alamat laman web yang bermula dengan https:// dan gambar mangga kecil yang biasanya boleh dilihat di bar alamat pelayar internet anda.
  • Semua maklumat sensitif mengenai kad kredit/debit anda yang diberikan kepada Homestay-Perlis.com dihantar menggunakan teknologi Secure Socket Layer (SSL). Ini untuk memastikan maklumat yang dihantar adalah selamat. Nombor kad anda akan disulitkan (encrypted) dan diganti dengan nombor transaksi yang unik.

Apakah itu SSL?

SSL adalah teknologi yang biasa digunakan untuk menguruskan keselamatan penghantaran data di Internet melalui public-and-private key encryption dan sijil digital yang menetapkan kelayakan anda ketika melakukan perniagaan Internet atau lain-lain transaksi dalam talian. Sijil ini dikeluarkan oleh pihak certification authority, dalam kes ini ialah AlphaSSL. Untuk maklumat lanjut mengenai AlphaSSL, sila layari http://www.alphassl.com.

Apakah itu "cookie"?

"Cookie" adalah maklumat yang laman web pindahkan ke fail "cookie" dalam pelayar Internet anda. Ia membolehkan kami untuk mengenali komputer anda (tetapi tidak secara khusus siapa yang menggunakannya) apabila anda memasuki laman web kami. "Cookie" ini tidak boleh dibaca oleh laman web lain selain daripada laman web yang menghantar "cookie" tersebut.

Apabila anda melawat Homestay-Perlis.com, anda boleh melayari laman web dan mengakses maklumat penting tanpa mendedahkan identiti anda. Walau bagaimanapun, untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, kami mungkin menggunakan "cookies" untuk mengesan lawatan anda.

Bagaimanakah "cookies" digunakan di Homestay-Perlis.com?

Di Homestay-Perlis.com, kami menggunakan "cookies" dengan cara yang berikut:

  • untuk membolehkan anda membawa maklumat sepanjang lawatan ke Homestay-Perlis.com dan mengelakkan perlunya untuk memasukkan semula maklumat pada setiap kali lawatan
  • untuk membolehkan anda mengakses maklumat yang disimpan
  • untuk membantu kami mengenali anda sebagai pelawat unik (dari segi bilangan) apabila anda kembali ke laman web ini.

Di samping itu, kami menggunakan perkhidmatan analitikal web yang disediakan oleh Google, Inc ("Google"). Google menggunakan "cookies", untuk membantu menganalisa bagaimana pelawat menggunakan laman web kami. Google akan menggunakan maklumat ini untuk melihat bagaimana pelanggan kami menggunakan laman Homestay-Perlis.com dan halaman atau fungsi khusus mana yang mereka suka lawati dan gunakan. Ini membantu kami untuk terus memperbaiki perkhidmatan kami.