Tempah Dengan Selamat

Pengenalan

Tempah dengan selamat

Homestay-Perlis.com komited untuk menyediakan persekitaran tempahan homestay secara dalam talian (online) yang selamat. Kami akan menyimpan salinan maklumat di dalam pangkalan data kami apabila anda membuat tempahan homestay di laman ini.

Adakah selamat untuk saya membuat tempahan dalam talian (online)?

Apabila anda membuat tempahan secara dalam talian (online) di Homestay-Perlis.com, transaksi tempahan dilakukan dalam rangkaian internet yang selamat. Ini bermakna bahawa semua maklumat peribadi yang anda masukkan akan disulitkan (encrypted) supaya ia tidak boleh dibaca semasa ia bergerak melalui internet. Kaedah penyulitan (encryption) digunakan pada semua halaman semasa proses tempahan, menjadikan tempahan di Homestay-Perlis.com adalah selamat untuk anda.

Bagaimana untuk memastikan yang Homestay-Perlis.com adalah laman web yang selamat?

Anda boleh memastikan bahawa laman web kami adalah selamat dengan melihat perkara-perkara berikut:

  • Alamat laman web bermula dengan https:// yang menandakan bahawa laman web ini menggunakan pelayan selamat (secure server) untuk transaksi data.
  • Gambar mangga kecil - ia biasanya boleh dilihat di bar alamat pelayar internet anda.
  • Klik pada gambar mangga kecil tersebut. Ia akan menunjukkan:
    • pemilik laman web.
    • syarikat yang membekalkan sijil SSL (SSL certificate). Untuk Homestay-Perlis.com, ia adalah AlphaSSL.
    • tahap penyulitan (level of encryption).

Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk memastikan butiran peribadi saya kekal selamat?

Carilah logo AlphaSSL dan hanya membayar kepada syarikat/peniaga yang anda tahu dan percaya akan kreadibiliti syarikat/peniaga tersebut. Selain daripada itu, sijil SSL juga boleh digunakan untuk mengesahkan identiti pemilik laman web atau peniaga.

Siapakah AlphaSSL?

AlphaSSL adalah salah satu daripada pembekal sijil SSL. Untuk maklumat lanjut mengenai AlphaSSL, sila layari http://www.alphassl.com.

Apakah undang-undang yang melindungi saya?

Anda dilindungi oleh undang-undang Malaysia di bawah Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang terkandung dalam Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Bagaimanakah mengelak penipuan?

Semua homestay yang disenaraikan dalam Homestay-Perlis.com telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada pemilik homestay itu sendiri untuk kami mengiklankan homestay mereka dan seterusnya menerima bayaran untuk tempahan homestay mereka.

Kami sedar yang terdapat kemungkinan pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab akan menggunakan nama Homestay-Perlis.com untuk mengambil tempahan homestay bagi tujuan penipuan.

Pihak kami tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat untuk mengutip bayaran tempahan homestay bagi pihak kami. Jangan sesekali membuat bayaran terus ke akaun mana-mana individu yang tidak diyakini kreadibiliti mereka. Buatlah tempahan dan bayaran terus dari laman web Homestay-Perlis.com.