Butiran Tempat

Warung Pokok Sawa

Kampung Kersik, Jalan Mata Ayer
02500 Mata Ayer
Perlis

04-9381778 / 019-6227516

Klik di sini

Lokasi

Warung Pokok Sawa adalah restoran makanan Melayu yang menjadi tumpuan pelawat yang datang ke negeri Perlis. Ia menyajikan pelbagai masakan ala kampung dengan harga yang berpatutan. Warung Pokok Sawa telah diasaskan oleh Allahyarham Hajjah Normah binti Haji Bakar pada tahun 1978.

Menu yang paling popular dan menjadi pilihan ramai ialah ikan keli goreng. Lain-lain menu utama yang sedap di sini ialah air asam dan sambal belacan, kerabu taugeh, ayam masak merah, sayur lemak pucuk paku, pajeri terung dan air bandung cincau.

Ini adalah salah satu tempat makan tengah hari yang harus dikunjungi jika anda ke negeri Perlis. Ia pasti tidak akan mengecewakan anda.

 

Waktu Operasi

Sabtu - Khamis: 11.00 pagi - 4.00 petang
Jumaat: Tutup

Homestay Berhampiran