Butiran Tempat

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs)

Jalan Guar Jentik
02400 Beseri
Perlis

04-9384801 / 010-8446535

Klik di sini

Lokasi

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang berteraskan pengajian agama Islam. Institut ini telah mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 April 1998.

Bermula pada 13 Mac 2014, IPTIPs telah diurus tadbir oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan kepada prinsip dan nilai-nilai Islam dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis melalui Yayasan Islam Perlis (YIPs).

IPTIPs terletak di Guar Jentik, Beseri di tengah-tengah laluan utama dari Kangar ke Padang Besar. Jaraknya kira-kira 13 km dari bandar Kangar. Lokasinya yang jauh dari kesibukan kota menjadikan IPTIPs satu tempat yang amat sesuai untuk pengajian.

Homestay Berhampiran