Butiran Tempat

Rimba Herba Perlis

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis
Sungai Batu Pahat
01000 Kangar
Perlis

04-9765966

Lokasi

Rimba Herba Perlis telah ditubuhkan pada 1988 dengan keluasan 12 hektar di Sungai Batu Pahat, Kangar dan mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1999. Taman ini diuruskan dan dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Taman ini menempatkan koleksi tumbuhan herba berkhasiat tinggi yang diamalkan sejak turun temurun. Dengan berkonsepkan hutan terancang, ia diwujudkan dengan tujuan pendidikan kepada orang awam yang ingin memperkayakan pengetahuan mengenai cara penggunaan khazanah hutan rimba tempatan.

Selain daripada kira-kira 1,200 koleksi herba, Rimba Herba juga menyediakan denai utama yang dinamakan Denai Dato' Razani yang dilengkapi dengan laluan interpretasi, laman orkid, bangku rehat, wakaf dan teratak rendaman kaki dalam minyak herba, Pusat Pengeringan Misai Kucing, ruang taklimat, pusat informasi dan kiosk cendera hati. Pokok-pokok herba dan produk-produk berasaskan herba juga boleh dibeli di sini dengan harga yang berpatutan.

Bayaran masuk
Dewasa: RM1.00
Kanak-kanak: RM0.50

 

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali hari Jumaat ditutup sementara mulai 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang)

Homestay Berhampiran