Butiran Tempat

Masjid Alwi

Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar
Perlis

Lokasi

Masjid Alwi adalah salah satu mercu tanda utama di negeri Perlis. Dengan seni bina Mughal klasik, ia telah didaftarkan sebagai salah satu Warisan Negara pada tahun 1988 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Usaha-usaha untuk mengumpul dana bagi pembinaannya bermula pada tahun 1920-an. Pembinaan akhirnya bermula pada tahun 1931 hasil kutipan zakat, sumbangan daripada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli perniagaan Islam dan juga peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Ia siap sepenuhnya pada tahun 1933.

Masjid ini telah dibuka secara rasmi oleh Raja Perlis pada masa itu, Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Tuan Syed Safi Jamalullail, yang mana nama masjid ini dinamakan sempena nama baginda.

Berada di tengah-tengah ibu negeri, kebanyakan tarikan utama di bandar Kangar berada dalam jarak berjalan kaki dari Masjid Alwi. Antaranya ialah Menara Jam Besar dan juga beberapa pilihan penginapan di bandar Kangar.

Sumber: Terjemahan dari laman web Pusat Pelancongan Islam Malaysia

Homestay Berhampiran