Butiran Tempat

Muzium Kota Kayang

Al-Marhum Kayang
02000 Kuala Perlis
Perlis

04-9770027

Klik di sini

Lokasi

Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Di sini ia banyak menceritakan sejarah Kota Kayang. Ia terletak di tapak pengebumian Sultan Kedah pada kurun ke–16. Segalanya berkisar penemuan arkeologi di sekitar Negeri Perlis. Selain itu, koleksi simpanan raja-raja juga terdapat di sini.

Di sini juga pengunjung dapat melihat binaan Makam DiRaja dimana ia menggunakan kayu raja sebagai tanda dan diberi mana Makam Al-Marhum Kayang. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad S.A.W dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.

Bayaran masuk
Percuma

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perlis

 

Waktu Operasi

Setiap hari: 9.00 pagi - 5.00 petang

Homestay Berhampiran