Butiran Tempat

Gua Kelam

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis
Jalan Kaki Bukit
02200 Kaki Bukit
Perlis

04-9765966

Lokasi

Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua batu kapur yang berukuran 370 meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit, lebih kurang 36 km dari bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi. Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Gua Kelam dinamakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (“cave walk”).

Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.

Bayaran masuk
Dewasa: RM1.00
Kanak-kanak: RM0.50

Sumber: Portal rasmi Kerajaan Negeri Perlis

Homestay Berhampiran