Butiran Tempat

Restoran Anjung Keli

Medan Sri Pulai, Jalan Behor Pulai
01000 Kangar
Perlis

+6019-4433384

Klik di sini

Lokasi

Restoran Anjung Keli adalah sebuah restoran yang cukup terkenal di Perlis. Terletak di Jalan Behor Pulai, Kangar, ianya berhampiran dengan Institut Pengajian Guru dan Institut Latihan Perindustrian Perlis. Kawasan letak kereta yang cukup luas memudahkan pengunjung walaupan semasa waktu puncak iaitu waktu makan tengahari. Sesuai dengan namanya Anjung Keli, pelbagai masakan ikan keli terdapat di sini seperti keli bakar, keli goreng, keli masak cili dan keli masak lemak cili padi. Selain itu, banyak lagi menu makanan kampung yang menyelerakan ada di sini. Jadi, buat pengunjung yang baru pertama kali datang ke Perlis, jangan lupa singgah di Anjung Keli. Dengan harga yang berpatutan, ia pastinya tidak mengecewakan.

 

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu: 10.00 pagi - 4.00 petang
Ahad: Tutup

Homestay Berhampiran