Butiran Tempat

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Pauh Putra
02600 Arau
Perlis

04-9886200

Klik di sini

Lokasi

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) merupakan politeknik yang ke-18. PTSS memulakan operasinya pada 16 Mei 2003 di pejabat sementara di Kolej Komuniti Darulaman, Jitra, Kedah. Bermula pada Jun 2004, operasi politeknik berpindah ke kampus tetap di Ulu Pauh, Arau, Perlis dan membuat pengambilan sulung seramai 400 pelajar pada Sesi Julai 2004.

Pelbagai program pengajian ditawarkan di PTSS merangkumi bidang kejuruteraan, rekabentuk, perdagangan dan hospitaliti. Kampusnya dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang selesa dan terkini serta persekitaran yang kondusif. Maka diharapkan agar ianya menjadi pemangkin kepada usaha menimba ilmu dan melahirkan graduan yang berkualiti dan berakhlak mulia.

Sumber: Laman web PTSS

Homestay Berhampiran