Butiran Tempat

Kolej Komuniti Arau

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Jalan Tengku Budriah, Tambun Tulang
02600 Arau
Perlis

04-9869800, 04-9869803

Klik di sini

Lokasi

Kolej Komuniti Arau, Perlis (KKAP) merupakan hab pembelajaran sepanjang hayat yang ditubuhkan untuk memenuhi aspirasi kerajaan untuk memudahkan komuniti akses kepada pendidikan.

KKAP ditubuhkan pada 12 Jun 2001. Pada awal penubuhan, KKAP menumpang beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis sementara menantikan bangunan tetap di Tambun Tulang, Perlis untuk siap.

Pada bulan November 2005, KKAP telah berpindah ke bangunan tetap di Jalan Tengku Budriah, Tambun Tulang.

Satu transisi penawaran baharu bermula Julai 2013 mengubah syarat kemasukan yang berdasarkan keperluan pengiktirafan program sijil yang digariskan oleh MQA. Pengambilan pelajar baharu adalah sebanyak tiga kali setahun iaitu pada Mac, Julai dan November.

Permohonan kemasukan disediakan dalam tiga cara mudah iaitu:
• Permohonan melalui sistem UPU, Kementerian Pendidikan Malaysia
• Permohonan melalui e-Pengambilan, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
• Permohonan dengan mengisi borang di kaunter Hal Ehwal Pelajar di Kolej Komuniti Arau

Homestay Berhampiran