Butiran Tempat

Institut Latihan Perindustrian Kangar

Padang Behor, Mukim Sena
01000 Kangar
Perlis

04-9777400

Klik di sini

Lokasi

Institut Latihan Perindustrian Kangar (ILP Kangar) merupakan salah sebuah Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia yang terletak di negeri paling utara tanahair iaitu negeri Perlis. Ia mula dicadangkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994 dan telah diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) bagi tempoh 1996 hingga 2000 di bawah bab ke-10 iaitu Bab Pendidikan Dan Latihan yang memperuntukkan kepada Jabatan Tenaga Manusia 3 institut latihan kemahiran diperingkat Diploma Kemahiran dan 5 institut latihan kemahiran di peringkat Sijil Kemahiran. Majlis Perletakan Batu Asas dan Upacara Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Mantan Menteri Besar Perlis iaitu YAB Dato’ Seri Shahidan bin Kassim pada hari Isnin 23 Mac 1998. Ia dibina di atas tapak pertanian sawah seluas 40.9 ekar. Nilai keseluruhan bangunan dan peralatannya selepas ia siap dibina dianggarkan berjumlah RM100 juta dan berkeupayaan melatih sehingga 600 orang pelajar pada satu-satu masa.

Sebanyak 13 bangunan telah didirikan termasuk bangunan pentadbiran, bangunan latihan, bangunan kediaman kakitangan, bangunan kediaman pelajar dan bangunan fasiliti. Penempatan kakitangan telah bermula pada tahun 2000 dengan kekuatan 25 orang kakitangan dengan 2 daripadanya termasuk Pengarah ditempatkan di bahagian pentadbiran dan selebihnya di bahagian latihan. Misi utamanya adalah membangunkan pejabat pentadbiran, penempatan pelajar dan bengkel-bengkel latihan. Bengkel-bengkel latihan yang dibangunkan pada ketika itu adalah Bengkel Automasi Perindustrian, Bengkel Fabrikasi Logam, Bengkel Elektronik Perindustrian, Bengkel Instrumen Perindustrian, Bengkel CNC, Bengkel Elektro-mekanikal dan Bengkel Teknologi Komputer.

Sumber: Laman web ILP Kangar

Homestay Berhampiran