Butiran Tempat

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Jalan Behor Pulai
01000 Kangar
Perlis

04-9781522

Klik di sini

Lokasi

Maktab Perguruan Perlis atau MPPP mula beroperasi pada April 1999 dan terletak di atas tanah seluas 89.6 ekar di Behor Pulai, Mukim Sena, Kangar, Perlis. Projek ini menelan belanja sebanyak RM 55 juta dan mengandungi lebih 5o blok bangunan yang boleh menampung seramai 1200 orang guru pelatih.

Pada 21 September 1999, nama Maktab Perguruan Perlis, Perlis telah diisytiharkan dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Selaras dengan tuntutan semasa, kerajaan bersetuju menaik taraf semua maktab perguruan di seluruh negara menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menjalankan program ijazah Sarjana Muda dalam usaha memartabatkan profesion perguruan. Oleh yang demikian, nama MPPP telah beberapa kali mengalami perubahan dan kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis. Sehingga kini, IPG Kampus Perlis telah mengembangkan sayap sinarnya dalam memberikan sumbangan yang berfaedah dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak khususnya masyarakat pendidik di negeri Perlis.

Homestay Berhampiran