Butiran Tempat

Taman Anggur Perlis

R119, Kampung Lembah Tuwi
01000 Kangar
Perlis

04-9770433

Klik di sini

Lokasi

Taman yang berlatar belakangkan banjaran Nakawan ini terletak di Pusat Pertanian Bukit Bintang bersebelahan dengan Ladang Mangga Harum Manis kira-kira 10km dari bandar Kangar. Taman ini sesuai sebagai tempat lawatan sambil belajar atau untuk dikunjungi bersama ahli keluarga. Taman ini juga menarik dengan landskapnya terdapat tasik-tasik yang mempunyai pulau-pulau kecil serta tumbuhan seperti palma di atasnya. Suasana ini mampu memberi ketenangan kepada pengunjungnya.

Pengunjung akan diberikan penerangan oleh pegawai bertugas mengenai kaedah penanaman anggur, penjagaan, jenis-jenis anggur yang ditanam sehingga proses penuaian hasil dilaksanakan. Terdapat dataran untuk anda bersama ahli-ahli keluarga berihat sambil melihat pokok-pokok anggur tumbuh, memanjat lalu menjalar di sekitar kawasan bumbung dan pepara yang disediakan dengan buah-buah anggur berjuntaian dengan banyak lagi ranum.

Taman Anggur kini adalah pemangkin kepada sektor pelancongan Negeri Perlis di mana Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah diberi tanggung jawab oleh kerajaan negeri untuk menyelia dan menguruskan taman ini.

Bayaran masuk
Dewasa: RM3.00
Kanak-kanak: RM1.00

 

Waktu Operasi

Selasa - Ahad: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin: Tutup

Homestay Berhampiran