Butiran Tempat

Tasik Melati

Jalan Santan
02400 Kangar
Perlis

Klik di sini

Lokasi

Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Tasik seluas 4.5 hektar ini terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih daripada 150 buah pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati dengan menggunakan bot atau sampan.

Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik. Di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.

Tasik Melati mendapat namanya daripada bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah dan juga sesuai untuk menenangkan fikiran.

Sumber: Portal rasmi Kerajaan Negeri Perlis

Homestay Berhampiran