Butiran Tempat

Masjid Al-Hussain

Jalan Sarawak
02000 Kuala Perlis
Perlis

04-9855000

Lokasi

Masjid Al-Hussain adalah mercu tanda yang terkenal di Kuala Perlis. Dibina bersebelahan dengan Jeti Kuala Perlis, ia dibina di tepi pantai menghadap laut Selat Melaka. Oleh sebab itu, masjid ini mendapat julukan 'Masjid Terapung'. Sebuah jambatan sepanjang 50 meter dibina untuk ke dewan solat utama di atas air.

Mengamalkan konsep 'resort tropika moden', masjid ini diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail dan telah direalisasikan hasil sumbangan seorang ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf. Masjid ini dinamakan sempena nama abangnya, Datuk Dr. Mohd. Hussain yang meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid.

Satu ciri unik tentang masjid ini adalah dindingnya tidak dicat sebaliknya sekadar dihiasi menggunakan batu karang, kuarza, granit, marmar dan batu-batu kecil. Kubah berwarna kuning keemasan dan biru diperbuat daripada dua lapisan aluminium dengan satu lapisan Polyvinylidene Difluoride (PVDF) melindungi permukaannya. Satu lagi ciri unik masjid ini adalah menara berkembar yang merupakan menara heksagon pertama di dunia. Pada waktu malam, menara tersebut dihidupkan dengan pelbagai warna lampu – dengan setiap warna mengisyaratkan waktu solat yang berbeza – yang boleh dilihat dari sejauh 10 km.

Sumber: Terjemahan dari laman web Pusat Pelancongan Islam Malaysia

Homestay Berhampiran