Butiran Tempat

Hutan Lipur Bukit Ayer

Sungai Batu Pahat
01000 Kangar
Perlis

Lokasi

Hutan Lipur Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat kira-kira 12km dari bandar Kangar. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Hutan Lipur Bukit Ayer amat sesuai kepada mereka yang cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah.

Air terjun dan sungai yang mengalir jernih secara semulajadi mengindahkan lagi suasana. Pada bahagian hilirnya pula terdapat sebuah kolam mandi yang cantik untuk para pengunjung.

Di sini juga dikhaskan tapak perkhemahan yang boleh menampung kira-kira 100 orang peserta dilengkapi dengan tempat memasak dan sumber air yang bersih. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, terdapat denai yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Di sini juga terdapat tempat permainan kanak-kanak, gerai makanan, bilik air, surau dan pondok-pondok rehat.

Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari bandar Kangar.

Sumber: Portal rasmi Kerajaan Negeri Perlis

Homestay Berhampiran