Butiran Tempat

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Lot Aras G-3, Blok S1
Kompleks Desa Siswa
02100 Padang Besar
Perlis

04-9493000

Klik di sini

Lokasi

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah ditubuhkan pada 3 Mac 2013. KUIPs tertakluk di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). KUIPs adalah satu institusi pendidikan unik yang berkonsepkan penjanaan pembangunan dana dan sumber daya manusia melalui konsep Program Wakaf Pendidikan (PWP) yang masih baru di negara ini.

Selain daripada membekalkan pengajian tinggi bagi menyokong pembangunan modal insan di negara ini, rasional penubuhan KUIPs adalah:
• Menyokong idea transformasi MAIPs dengan menubuhkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi melalui anak syarikatnya MAIPs Holdings Sdn. Bhd.
• Menjadikan Perlis sebagai hab pendidikan dan pembudayaan ilmu serta syiar Islam yang tersohor di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
• Menjadi institusi pengajian tinggi berteraskan Islam yang unggul di rantau ASEAN apabila ianya menjadi institusi pilihan pelajar-pelajar Islam dari Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, Timor Leste dan Acheh.
• Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ianya setara dengan program-program pengajian berteraskan Islam yang diiktiraf KPT, MQA, JPA, JAKIM dan badan-badan profesional lainnya.
• Meningkatkan pembangunan ekonomi negeri Perlis melalui strategi serampang dua mata, pendidikan dan pelancongan (edu-tourism).

Homestay Berhampiran