Butiran Tempat

Pasar Wang Kelian

Wang Kelian
02200 Kaki Bukit
Perlis

Klik di sini

Lokasi

Wang Kelian adalah merupakan salah satu tarikan membeli-belah di sempadan negeri Perlis. Pekan kecil ini bersempadan dengan Wang Prachan, Thailand yang sememangnya terkenal dengan gerai-gerai jualan yang dibuka setiap hari. Aktiviti jualan lebih rancak diadakan pada pagi Ahad setiap minggu.

Salah satu tarikan di Pekan Wang Kelian ialah Pasar Wang Kelian atau lebih popular dikenali sebagai Nat Wang Kelian di kalangan penduduk tempatan. Ia diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Lazimnya, kemeriahan dan kemunculan lebih banyak gerai dapat dilihat pada pagi hari Sabtu dan berlanjutan hingga ke hari Ahad. Namun pasar ini juga telah dibuka setiap hari.

Keistimewaan pasar pada hari Ahad pula ialah pelancong tempatan berpeluang menyeberang tembok batu sempadan Malaysia-Thailand tanpa perlu menggunakan dokumen perjalanan.

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perlis

Homestay Berhampiran