Butiran Tempat

Arked Niaga Padang Besar

Arked Niaga
02100 Padang Besar
Perlis

Lokasi

Arked Niaga menempatkan ratusan lot kedai dan gerai/bazar yang menjual pelbagai jenis barangan pada harga yang murah. Rata-rata peniaga ada yang dari Malaysia dan ada yang dari Thailand.

Antara barang-barang yang ada dijual di Arked Niaga serta gerai-gerai di sekitarnya ialah:
• pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak
• perhiasan/aksesori wanita dan lelaki
• makanan kering seperi kacang, badam, kerepek, beras
• buahan tempatan seperti mempelam, rambutan, langsat, limau bali, salak
• barangan dapur seperti periuk belanga, sudu, gelas, bekas makanan
• hasil kraftangan seperti bakul anyaman, tudung saji anyaman, tikar, beg tangan anyaman
• barang permainan budak-budak
• toto, selimut dan bantal kekabu

 

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Homestay Berhampiran