Terma & Syarat

Pengenalan

Terma-terma dan syarat-syarat ini, yang dipinda dari semasa ke semasa, meliputi semua perkhidmatan kami sama ada secara langsung atau tidak langsung yang disediakan dalam talian, melalui mana-mana peranti mudah alih atau melalui e-mel. Dengan mengakses, melayari dan menggunakan laman web kami melalui apa jua platform (selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai "laman web") dan/atau dengan melengkapkan tempahan, anda mengakui dan bersetuju telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah (termasuk pernyataan privasi).

Laman ini, kandungan dan infrastruktur laman ini, dan perkhidmatan tempahan homestay dalam talian yang disediakan di laman ini dan melalui laman ini ("perkhidmatan") adalah dimiliki, dikendalikan dan disediakan oleh Homestay-Perlis.com ("Homestay-Perlis.com" atau "kami") dan disediakan untuk kegunaan peribadi anda sahaja, bukannya komersil, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah.

1. Skop perkhidmatan kami

Melalui laman web (Homestay-Perlis.com), kami menyediakan platform dalam talian di mana semua jenis tempat tinggal yang beralamat di negeri Perlis, Malaysia yang berkonsepkan homestay ("homestay") boleh mengiklankan homestay mereka untuk tempahan, dan di mana pengunjung ke laman web boleh membuat tempahan untuk menyewa homestay tersebut. Dengan membuat tempahan melalui Homestay-Perlis.com, anda telah mengikat kontrak secara langsung dengan pemilik homestay yang telah anda tempah. Bermula dari masa anda membuat tempahan homestay, kami bertindak sebagai perantara semata-mata di antara anda dan homestay, menghantar butiran tempahan anda ke pemilik homestay yang berkaitan dan menghantar e-mel pengesahan kepada anda bagi pihak pemilik homestay.

Apabila memberikan perkhidmatan kami, maklumat yang kami dedahkan ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan kepada kami oleh pemilik homestay. Oleh itu, pemilik homestay diberi akses kepada extranet di mana mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengemaskini kadar sewa harian homestay mereka, tarikh yang kosong untuk ditempah dan maklumat lain yang dipaparkan pada laman web kami. Walaupun kami akan menggunakan kemahiran dan kemampuan yang munasabah dalam menyediakan perkhidmatan kami, kami tidak akan mengesahkan dan tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah tepat, lengkap atau betul, dan kami tidak boleh dipertanggungjawab atas sebarang kesilapan (termasuk kesilapan yang nyata dan tipografi), mana-mana gangguan (sama ada disebabkan oleh apa-apa (sementara dan/atau sebahagian) kerosakan, pembaikan, menaik taraf atau penyelenggaraan laman web kami atau sebaliknya), maklumat yang tidak tepat, maklumat yang mengelirukan atau maklumat yang tidak diberikan. Setiap pemilik homestay kekal bertanggungjawab pada setiap masa bagi ketepatan dan kesempurnaan maklumat (termasuk kadar sewa serta tarikh yang boleh dan tidak boleh disewa) yang dipaparkan di laman web kami. Laman web kami tidak bermaksud dan tidak harus dianggap sebagai menyaran atau menyokong kualiti, tahap perkhidmatan atau penilaian ke atas mana-mana homestay yang disediakan.

Perkhidmatan kami disediakan untuk kegunaan peribadi sahaja dan bukannya komersil. Oleh itu, anda tidak dibenarkan untuk menjual semula, menggunakan, menyalin, mengawasi, memaparkan, memuat turun atau mengeluarkan semula apa-apa kandungan atau maklumat, perisian, produk atau perkhidmatan yang disediakan di laman web kami untuk apa-apa aktiviti perdagangan atau tujuan.

2. Kadar sewa

Harga sewa di laman web kami adalah diberikan dan dipersetujui oleh pemilik homestay yang berdaftar dengan kami. Semua harga di laman web Homestay-Perlis.com adalah untuk satu homestay bagi seluruh tempoh penginapan anda dan dipaparkan termasuk Cukai Perkhidmatan Kerajaan Malaysia (GST), jika ada, kecuali dinyatakan secara berbeza di laman web kami atau e-mel pengesahan.

Buat masa sekarang, kadar sewa adalah tidak berubah sepanjang masa. Jadi, tiada tawaran istimewa untuk kadar sewa yang lebih murah atau kadar sewa yang lebih mahal untuk tempahan semasa musim yang permintaan homestay lebih tinggi daripada masa-masa biasa seperti musim perayaan atau cuti sekolah.

Semua kadar sewa yang dinyatakan dalam Homestay-Perlis.com adalah dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM). Kami tidak menyediakan perkhidmatan menukar kadar mata wang Ringgit Malaysia ke mata wang asing dalam laman web kami. Semua bayaran secara dalam talian juga adalah dalam Ringgit Malaysia termasuk untuk pengunjung-pengunjung laman web dari luar Malaysia.

3. Pemilik homestay

Semua homestay yang diiklankan dalam Homestay-Perlis.com adalah dimiliki dan diuruskan oleh individu atau syarikat ("pemilik homestay") dan homestay tersebut adalah harta persendirian pemilik homestay. Kami telah berhubung secara langsung dengan pemilik homestay untuk mereka memahami dan bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Homestay-Perlis.com kepada pemilik homestay sebelum homestay mereka diiklan dan dibuka untuk tempahan di laman web kami. Pendaftaran pemilik homestay dengan Homestay-Perlis.com telah ditapis terlebih dahulu oleh kami bagi memastikan homestay yang diiklankan di laman web kami dapat memberi kepuasan kepada pengunjung dan penyewa.

4. Privasi dan cookies

Homestay-Perlis.com menghormati privasi anda. Sila baca polisi privasi kami untuk maklumat selanjutnya.

5. Caj secara percuma

Perkhidmatan kami adalah percuma kerana kami tidak akan mengenakan caj untuk perkhidmatan kami atau menambah apa-apa yuran tambahan ke atas kadar sewa homestay.

Pemilik homestay membayar komisen (sebagai peratusan kecil harga sewa) kepada Homestay-Perlis.com selepas tetamu telah tinggal di homestay yang telah dibayar harga sewanya.

6. Pindahan wang melalui perbankan internet dan bayaran melalui PayPal

Setiap tempahan homestay memerlukan bayaran penuh dengan cara pembayaran dalam talian (setakat yang ditawarkan dan disokong oleh bank anda). Bayaran secara pindahan wang melalui perbankan internet dari akaun bank anda (atau akaun bank wakil anda) ke akaun bank Homestay-Perlis.com diproses dengan selamat melalui pemproses pembayaran pihak ketiga yang disediakan oleh iPay88. iPay88 adalah sebuah syarikat pembekal gerbang pembayaran yang beroperasi di Kuala Lumpur, Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai iPay88, sila layari www.ipay88.com.

Kami juga menerima bayaran melalui akaun PayPal anda (atau wakil anda) ke akaun PayPal kami. Untuk maklumat lanjut mengenai PayPal, sila layari www.paypal.com/my.

Buat masa sekarang, kami belum menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui kad debit atau kad kredit. Kami berusaha untuk menyediakan kemudahan pembayaran tersebut pada masa akan datang.

Setiap bayaran yang dibuat melalui akaun bank atau akaun PayPal anda (atau akaun wakil anda) adalah atas risiko anda sendiri untuk situasi-situasi seperti salah bank, salah nombor akaun bank, akaun bank dan PayPal yang tidak sah atau dana yang tidak mencukupi.

7. Pembatalan tempahan

Apabila anda membuat tempahan dengan pemilik homestay, anda menerima dan bersetuju dengan polisi pembatalan tempahan dan tidak hadir yang dikenakan. Pemilik homestay juga boleh mengenakan terma-terma dan syarat-syarat tambahan (yang tidak dinyatakan dalam laman web kami) kepada tempahan anda atau semasa anda tinggal di homestay mereka. Terma-terma dan syarat-syarat tambahan daripada pemilik homestay, jika ada, boleh diperolehi daripada pemilik homestay yang berkenaan. Ini bermakna, walaupun anda telah berjaya membuat tempahan dan pembayaran, pemilik homestay mempunyai hak untuk membatalkan tempahan anda atas apa jua sebab dan alasan. Jika ini berlaku, wang yang telah anda bayar akan dipulangkan sepenuhnya kepada anda.

Secara am, polisi pembatalan tempahan dan tidak hadir setiap homestay disediakan di laman web kami semasa prosedur tempahan dan dalam e-mel pengesahan. Sila semak butiran homestay dengan teliti bagi apa-apa syarat, jika ada, sebelum membuat tempahan anda.

Jika anda ingin menyemak, mengubah atau membatalkan tempahan anda, sila lihat kepada e-mel pengesahan dan ikut arahan di dalamnya. Sila ambil perhatian bahawa bayaran tempahan yang telah anda buat mungkin tidak akan dipulangkan kepada anda berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Jika pembatalan dibuat 48 jam sebelum 12.00 tengah hari tarikh masuk, wang anda akan dipulangkan sepenuhnya.
  • Jika pembatalan dibuat 24 jam sebelum 12.00 tengah hari tarikh masuk, hanya 75% wang anda akan dipulangkan.
  • Jika pembatalan dibuat kurang daripada 24 jam sebelum 12.00 tengah hari tarikh masuk, wang anda tidak akan dipulangkan.
  • Jika anda tidak hadir pada tarikh masuk, wang anda tidak akan dipulangkan.

Kami mengesyorkan supaya anda membaca polisi pembatalan tempahan dengan berhati-hati sebelum membuat tempahan homestay yang anda ingini.

8. Penafian

Tertakluk kepada had yang dinyatakan dalam terma-terma dan syarat-syarat ini dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami hanya akan bertanggungjawab terhadap ganti rugi langsung yang dibayar atau ditanggung oleh anda akibat kelemahan yang berpunca daripada perkara-perkara yang berada di bawah tanggungjawab dan perkhidmatan kami. Jumlah ganti rugi adalah sehingga jumlah kos tempahan seperti yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan.

Walau bagaimanapun dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sama ada kami atau mana-mana pegawai kami, pengarah kami, pekerja kami, wakil kami, ejen atau orang lain yang terlibat dalam mewujudkan, menaja dan mempromosikan laman web ini dan kandungannya tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas:

  1. apa-apa kerugian atau kerosakan, kerugian pengeluaran, kehilangan keuntungan, kehilangan pendapatan, kehilangan kontrak, kerugian atau kerosakan kepada nama baik atau reputasi, kehilangan tuntutan (punitif, khas, tidak langsung atau berbangkit),
  2. sebarang ketidaktepatan yang berhubung dengan maklumat (termasuk kadar, tarikh yang boleh disewa dan penilaian) homestay seperti yang disediakan di laman web kami,
  3. perkhidmatan yang diberikan atau produk yang ditawarkan oleh pemilik homestay atau rakan niaga yang lain,
  4. apa-apa ganti rugi, kerugian atau kos yang ditanggung atau dibayar oleh anda, kerugian atau kos yang dituntut daripada anda oleh pihak lain selain daripada kami, yang timbul akibat daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman web kami (secara langsung, tidak langsung, berbangkit atau punitif), atau
  5. apa-apa ganti rugi (peribadi) akibat kecederaan, kematian, kerosakan harta benda, atau lain-lain kerugian atau kos yang dialami, ditanggung atau dibayar oleh anda (secara langsung, tidak langsung, khusus, turutan atau punitif)

sama ada disebabkan oleh tindakan undang-undang, kesilapan, pelanggaran kontrak, kecuaian, salah laku yang disengajakan, gambaran yang salah, liabiliti (keseluruhannya atau sebahagiannya) yang diagihkan oleh mana-mana rakan niaga kami yang lain (termasuk pekerja, pengarah, pegawai, ejen, wakil atau syarikat gabungan mereka) yang mana produk atau perkhidmatan (secara langsung atau tidak langsung) disediakan, ditawarkan atau dinaiktaraf melalui laman web ini, termasuk apa-apa pembatalan, mogok atau sebarang kejadian di luar kawalan kami.

9. Hak harta intelek

Kecuali dinyatakan sebaliknya, hak-hak harta intelek (termasuk hak cipta) kandungan, maklumat dan bahan dalam laman web kami adalah milik Homestay-Perlis.com atau pembekal kami.

Homestay-Perlis.com secara eksklusif mengekalkan pemilikan ke atas semua hak cipta dan kepentingan dalam semua hak-hak harta intelek (termasuk rupa, reka bentuk dan infrastruktur laman web). Anda tidak berhak untuk menyalin, mengikis (scrape), menyiarkan, mempromosikan, memasarkan, mengintegrasikan, menggabungkan, menggunakan atau membuat pautan kepada kandungan atau jenama Homestay-Perlis.com tanpa kebenaran bertulis daripada kami.

Sebarang penggunaan atau mana-mana tindakan yang menyalahi undang-undang yang dinyatakan di atas akan dianggap sebagai pelanggaran hak harta intelek kami (termasuk hak cipta dan pangkalan data).

10. Pelbagai

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, terma-terma dan syarat-syarat ini dan perkhidmatan yang kami sediakan akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Apa-apa pertikaian yang timbul daripada terma-terma dan syarat-syarat am dan perkhidmatan kami secara eksklusif hendaklah dikemukakan kepada mahkamah di Malaysia.

Versi asal terma-terma dan syarat-syarat dalam Bahasa Malaysia ini mungkin telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Versi yang diterjemahkan ke bahasa lain adalah untuk tujuan terjemahan sahaja dan anda tidak boleh mendapat atau menuntut apa-apa hak dari versi terjemahan tersebut. Sekiranya berlaku pertikaian mengenai kandungan atau tafsiran terma-terma dan syarat-syarat ini atau ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Malaysia dan apa-apa bahasa lain, versi Bahasa Malaysia adalah muktamad dan akan diguna pakai setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Kami tidak menyediakan versi selain daripada versi Bahasa Malaysia di laman web kami.

Kali terakhir terma-terma dan syarat-syarat ini dikemaskini ialah pada 1 Mac 2016.