Pemilik Homestay

Log Masuk

Jika anda telah berdaftar sebagai Pemilik Homestay, anda boleh log masuk di ruangan di bawah.

Lupa Katalaluan?

Mempunyai Homestay di Perlis?

Jika anda adalah pemilik homestay di negeri Perlis untuk disewakan tetapi belum mempunyai saluran untuk mengiklankan homestay anda dan seterusnya menerima tempahan, anda berada di laman web yang betul.

Walaupun anda telah lama beroperasi dan menerima tempahan melalui Facebook, blog anda sendiri atau laman tempahan dalam talian (online) yang lain (seperti Booking.com, Agoda.com, Airbnb.com dan sebagainya), anda juga masih boleh menyenaraikan homestay anda di Homestay-Perlis.com.

Banyak kelebihan jika anda menyenaraikan homestay anda dengan kami. Antaranya:

  • Pendaftaran anda sebagai pemilik homestay dengan Homestay-Perlis.com adalah bersifat EKSKLUSIF. Pendaftaran tidak dibuat secara terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa kami mengenali dan bertemu dengan anda secara peribadi. Jadi, kami lebih memahami anda untuk memberi sokongan dengan lebih berkesan kerana kami juga adalah anak tempatan Negeri Perlis.
  • Penyenaraian homestay adalah PERCUMA.
  • Perkhidmatan disediakan secara dalam talian. Anda boleh melihat kalendar tempahan dan rekod tempahan yang lebih sistematik. Capaian kepada sistem boleh dilakukan pada bila-bila masa dan melalui apa-apa peranti termasuk komputer, komputer riba, tablet malah terus dari telefon pintar anda.
  • Kami akan bekerjasama dengan penganjur-penganjur acara di negeri Perlis. Untuk acara-acara yang memerlukan peserta-peserta mendapatkan penginapan di negeri Perlis, penganjur-penganjur ini akan mempromosikan Homestay-Perlis.com sebagai platform untuk membuat tempahan penginapan. Jadi, homestay yang disenaraikan dalam laman web kami akan lebih mudah dijumpai oleh pengunjung-pengunjung internet.

Hubungi kami melalui SMS, WhatsApp atau panggilan ke +6019-4740729. Kami akan mengaturkan pertemuan dengan anda untuk penerangan lebih lanjut dan bagaimana kami boleh membantu anda menguruskan tempahan homestay dengan lebih teratur. Kami menanti panggilan anda.